Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa nasib individu lain selain bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy jamaluddin turut akan ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, malam esok.<br /><br />Presiden UMNO itu menjelaskan, ia merupakan sebahagian daripada langkah pembersihan besar-besaran di dalam parti itu seperti diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.